Wednesday, July 15, 2009

Ternyata Keputusan PRK Manik Urai membuktikan orang melayu menolak pakatan campuran


Keputusan rasmi Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan, menang dengan majoriti "nyawa-nyawa ikan" sebanyak 65 undi.

PAS mendapat 5,348 undi sementara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.Keputusan tersebut diumumkan oleh pegawai pengurus pilihanraya Adnan Hussin di Dewan Petra, SMK Sultan Yahya Petra 1, pada jam 9.01 malam.

DUN tersebut mempunyai 12,293 pengundi berdaftar, termasuk 25 pengundi pos, dan 10,631 atau 87 peratus keluar mengundi.

Ternyata kesimpulan yang boleh dibuat disini majoriti org melayu Islam makin menolak pakatan campuran haram.

Di wakaf mempelam semasa PRK Kuala Terengganu, calon pas wahid endut hilang undi melayu di kawasan kuatnya, nizar waktu bertanding di bukit gantang hilang 5000 undi melayu dan malam ini pas hilang 1287 lebih undi melayu di manek urai.. di bkt selambau juga di kwsn melayu bertambah peningkatan mengundi BN

ramai melayu dah sedar bahana yg menanti jika terus menyokong pakatan campuran cuma yg sedih juak2 pas masih belum dibukakan hati untuk melihat masa depan yang berliku akan mendatang..

7 comments:

arun said...

tu pon maseh ada melayu yg buta hati tak nampak
bahayanya kepada agama dan abngsa jika pr memerintah..

Anonymous said...

Awat laa bola Malaysia tak menang nyawa2 ikan dgn MU...

Anonymous said...

Tajuk posting ni megelirukan orang..patutnye letak "Ternyata keputusan PRK Manek Urai membuktikan orang melayu menolak ameno walaupun banyak wang,projek mee segera dijanjikan dan lakonan yg mantap" kah kah kah kah

Anonymous said...
This post has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

admin...
kenapa delete comment? takut umat melayu sedar tipu helah ameno ke?
keh!keh!keh!!

Anonymous said...

Aku nak sentuh tang tajuk sikit.

Abis yang parti BN tu bukan pakatan campuran ke?

Anonymous said...

yang pasti umno ditoloak KALAk di manik urai..tak perlu komen lagi..hehhe.umno perlu terima realitinya....

Post a Comment